Kontroversi novel Interlok

Novel Interlok karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain menjadi kontroversi yang berkenaan dengan hubungan sesama kaum di Malaysia setelah diperkenalkan sebagai bahan bacaan wajib dalam Komponen Sastera (KOMSAS) Bahasa Malaysia Tingkatan Lima di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.[1], kerana isi kandungannya didakwa mengandungi anasir-anasir yang boleh menyinggung sensitiviti sesama kaum di Malaysia. Isu ini nampaknya mendapat perhatian terbesar dari masyarakat India di Malaysia, tetapi tindakan memilih novel ini juga menerima bantahan dari orang Melayu dan Cina. Kongres India Malaysia turut memujuk kerajaan supaya menggugurkan novel itu sahaja daripada sukatan pelajaran. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran pada mulanya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menilai sama ada buku itu boleh digunakan lagi sebagai komponen sastera. Apabila buku itu tetap diluluskan oleh jawatankuasa itu pada Januari 2011, bantahan terhadap buku itu semakin kuat dan menjadi-jadi, sehingga mencetuskan tunjuk perasaan di jalanan.Tetap dengan pendirian untuk mengharuskan penggunaan novel Interlok, Kementerian Pelajaran melantik sebuah panel yang dianggotai oleh pelbagai kaum untuk menyunting isi kandungan supaya tidak menyinggung perasaan sesama kaum. Tindakan itu dibantah oleh Persatuan Penulis Nasional dan beberapa pertubuhan sasterawan yang lain yang menyifatkannya sebagai bentuk penapisan yang boleh menggugat kebebasan ekspresi pengkarya.

Rujukan

WikiPedia: Kontroversi novel Interlok http://www.asiaone.com/News/Latest+News/Asia/Story... http://www.cwo.com/~lucumi/bigotry.html http://www.freemalaysiakini.com/modules.php?name=N... http://www.freemalaysiakini.com/modules.php?name=N... http://www.freemalaysiatoday.com/2011/01/06/najib-... http://www.freemalaysiatoday.com/2011/02/01/boycot... http://www.freemalaysiatoday.com/2011/02/13/pull-o... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://karyawanluarnegara.com/?p=1748